Assalamualaikum
Baru-baru ni kecoh kejap pasal PTPTN bila dapat surat cinta kena buat potongan gaji untuk pembayaran balik PTPTN. Diorang ni macam tahu2 je aku baru je cek berapa jumlah tunggakan, konon-konon nak pergi bayar secara lump sum. Eh..eh..jangan ingat aku banyak duit pulak kan. Tapi sebab aku pinjam PTPTN untuk 1 sem je masa study dulu. So, amount sikit je la.
Berbalik pasal kekecohan tadi, ramai la pakat-pakat pergi ke pejabat PTPTN untuk urusan potongan gaji ni. The best part is syarat nak buat potongan gaji ialah kita kena apply ujrah dulu. But what is ujrah?Phewww...Dulu masa diorang kenalkan ujrah ni memang aku buat tak tau je. Now, terkial-kial la pergi cari info. Hasil kajian mendapati ujrah ni lagi better sebab dia dikira sebagai upah sebanyak 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.Pendek kata, korang kena bayar lagi sikit la berbanding amount sebelum ni.
TAPI, prosedur nak apply ujrah ni bukan senang. Mula-mula kawan aku call pejabat PTPTN, diorang cakap "Maaf ye Cik, permohonan Ujrah ni dah lama tutup tapi untuk kepastian Cik cuba la pergi mana-mana pejabat yang berhampiran". Adoi..Sangat tak puas hati dengan jawapan. Kebetulan PTPTN bukak booth dekat2 dengan ofis aku tapi aku tak sempat pergi. Kawan aku yang pergi dan sampaikan maklumat yang aku rasa tak boleh terima dek akal. Dia cakap ujrah is compulsory if u want to proceed with pemotongan gaji BUT u must pay 50% from your current outstanding sum before PTPTN can prosess your application. I was likeeeeee..ha?for real?. Tapi nasib kawan aku tu baik sebab nego punya nego dia cuma kena bayar RM500 je, lepas tu terus PTPTN proses permohonan dia.
On the same day, kawan aku pergi pulak ke kaunter PTPTN di Kementerian Pengajian Tinggi (Putrajaya) dengan harapan boleh la bayar seminimum yang mungkin. tapi jawapan agak mengecewakan sebab kaunter kat situ mintak buat bayaran 1k. Ish...tak paham la..kan kita nak bayar, lepas tu suruh buat ujrah..lepas tu buat syarat macam-macam. So, korang ni nak duit ke tak ni?Urm
En.Husband pun amik PTPTN ni dulu. Dia nak buat potongan gaji jugak, jadi dia pun dengan suci hati pergilah kaunter PTPTN dekat area rumah kami. Lain pulak cerita kat situ, petugas kaunter suruh buat payment sebanyak 20% dari tunggakan semasa.
Last tu kami decide pergi je la kat kaunter PTPTN di KPT tu. Nasib sangat la baik...hehehe. Kami cerita elok-elok la yang kami tak boleh nak bayar banyak just to fulfill kehendak PTPTN yang wajibkan penukaran ujrah untuk pembayaran balik secara potongan gaji. Kenapa nak susahkan peminjam sedangkan peminjam sendiri dengan suci hati nak bayar. Then diorang mintak nak tengok slip gaji. Tadaaaaa...ni la part yang nasib baik tu. Sebab dalam slip gaji beso sangat komitmen bulanan, tolak pi tolak mai, kami cuma diminta bayar RM756.00 untuk PTPTN tukar kepada ujrah. Walaupun rasa agak banyak jugak jumlah tu tapi nak buat macam mana. Tak ada cara lain dah.
Selesai je bayaran and isi form, pandai-pandai la korang cari jalan balik umah ye sebab agreement baru hanya akan dihantar melalui email pada hari yang sama. Agreement baru tu la yang ada pasal ujrah. So, petang tu PTPTN dah email agreement baru kat kami. Print je semua dokumen tu, buat 2 copy. Beli setem hasil 2 keping. Alaaa....tengok je kat senarai semak yang PTPTN hantar sekali dengan agreement tu. Dah siap sign semua, pergi hantar balik kepada PTPTN. Tapi ingat, kena hantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh agreement tu.
SELESAI..teruskan kehidupan dan sentiasa la update dengan PTPTN pasal pemotongan gaji tu sebab sekarang ni hanya selesai part ujrah je..Bagi yang tak buat potongan gaji tapi hanya apply ujrah je, ampa jangan lupa pi bayaq noh kat PTPTN. Silap haribulan nama kena blacklist nak pi oversea, blacklist CCRIS dan macam-macam lagi la kesulitan di masa hadapan.
Kesimpulannya, hutang wajib bayar.