Thursday, 5 November 2015

Studio Drum Asia Untuk Kaki Jamming

Assalamualaikum w.b.t

This is my first task after being appointed as a Manager for Kazanna. Kena cari any available studio untuk Kazanna practice and jamming. Before this dah banyak studio yang Kazanna try. Tapi  Drum Asia Studio yang aku book kan untuk diorang pekak kan telinga aku ni memang best sebab MURAH and peralatan semua superb. Nora bagi 10 bintang...ehhhhh

Lokasi studio ni kat Desa Sri Hartamas je. Dalam waze tu kalau tak jumpa, korang search je Thomas Philip (Advocates & Solicitor) sebab studio ni sebelah firm ni je tapi di tingkat atas. Dekat tingkat bawah studio ni ada Munawar and Associates and Sum Hou bak Kut Teh...hehehehe. Nah amik address siap-siap:

7-2 Jalan 22A/70A,
Wisma CKL, Desa Sri Hartamas

Rate kat sini memang murah sangat la bagi aku yang dah beberapa kali join Kazanna punya jamming ni. RM25/hour and lagi murah kalau korang amik pakej i.e RM100/5hrs. Tak payah la nak ketuk drum, petik gitar bagai dalam tu sampai 5 jam. Penat oiii. Tapi ikot korang la kan. Untuk Kazanna ni, aku amik pakej tu tapi main dulu untuk 3 jam yang pertama last week. And semalam sambung lagi 2 jam.

Kat studio ni jugak korang boleh sewa tempat untuk buat event tau. Maklumat lanjut tanya la sendri kat diorang ye. Tak tahu nak cerita apa sangat. Nah, layan la gambar studio tu. Kot korang tengah mencari studio nak jamming ke kan. Korang boleh contact diorang kat Facebook Drum Asia Studio kalau berminat nak datang sini.

p/s : kualiti gambar memang tidak memuaskan sebab aku masih dalam proses belajar capture  gambar...hahaha


Antara koleksi diorang. Ni diorang jual rasanya...tak belek sangat haritu. Iskk


Macam-macam ado


Ni la drummer Kazanna



Boleh guna yang studio punya kalau tak bawak sendiri punya




Siap-siap nak balik dah


Sibok mengemas lagi..heee


Ni dari dalam studio. nampak je serabut tapi tak pun. Al kisahnya aku memang tak reti capture gambar..hahaha

No comments:

Post a Comment