Assalamualaikum w.b.t
Lepas je urusan En.Husband dengan PTPTN dah selesai, giliran aku pulak la kan. So, hari Jumaat lepas aku pergi pejabat KWSP cawangan Kajang nak setel kan hutang PTPTN yang dah tertunggak agak lama. Aku buat pilihan bayar guna KWSP sebab hutang tak banyak mana pun and at the same time duit gaji aku simpan demi impian nak travel around the world. Kihkihkih. Sangat tak patut, hutang dilambatkan...ish.
Urusan kat KWSP Kajang memang superb, tak sampai 5 minit dah siap. Ha, mungkin sebab aku dah isi siap-siap Borang Penyelesaian Baki PTPTN Melalui KWSP (tak ingat nama borang, pergi je kaunter KWSP cakap nak borang bayar PTPTN). Borang ni free jek. Aku isi je apa yang aku tahu, yang mana tak sure tu aku biar kosong dengan harapan petugas kaunter akan isikan..hehehehe.
Ha, ada 4 lagi dokumen yang kena bawak masa nak hantar borang ni. Nah aku list kan siap-siap kot la korang nak bayar PTPTN dengan cara sama macam aku ni.
1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan transkrip / sijil tamat pengajian
3. Salinan surat tawaran pinjaman PTPTN / Perjanjian Pinjaman PTPTN
(yang ni memang bercinta aku cari kat kampung 2 hari 1 malam tapi tak jumpa pun. Yang aku tahu kalau nak dapatkan salinan dari PTPTN kena caj RM90. Banyak tu. Haish. Nak dijadikan cerita, masa aku teman En.Husband pergi Kementerian Pengajian Tinggi untuk setel kan hal PTPTN dia, aku pun mintak je diorang keluarkan salinan surat tawaran aku. Pasrah je la nak bayar. Tapi petugas kaunter cakap tak payah bayar pun. Pheww.. Lucky me!)

4. Penyata baki terkini hutang PTPTN
(boleh dapatkan dari mana-mana kaunter PTPTN. Cakap je korang nak penyata baki terkini sebab nak bayar habis guna KWSP)
Kad pengenalan dan tarnskrip tu kena bawak yang original tau. Nanti pegawai KWSP akan mintak untuk tengok dan buat semakan. Yang salinan tu tak payah susah-susah pergi cari Ketua Kampung, Tok Penghulu bagai ni untuk buat pengesahan sebab Pegawai KWSP pun boleh tolong sahkan.
Dah hantar semua dokumen kat kaunter, turunkan cap jari kiri dan kanan pada borang, semua semakan dah dibuat, SELESAI la urusan di KWSP. Dalam masa tiga minggu ni tunggu la KWSP hantar mesej bagitahu duit dari Akaun 2 dah ditolak untuk bayar PTPTN.
Sekian, cerita PTPTN tamat.
Sekian, cerita PTPTN tamat.
No comments:
Post a Comment