Sunday, 21 August 2016

SEOUL DAY 1 (NAMSAN GUEST HOUSE & MYEONGDONG STREET)

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan kepada mereka yang bertanya, meh aku ceritakan serba sikit perjalanan kami secara backpackers ke Seoul pada 1 - 5 Dis 2015 yang lalu. Actually ex-ofismate ajak pergi ramai-ramai Mac 2016 tapi kami terbeli tiket tarikh lain sebab masa tu tak confident tarikh yang diorang ajak pergi tu cuti sekolah ke tak. Sori Kak Ros & the geng...hehehe. Misi ke Seoul kali ni adalah nak main snow. Yehaaaa..err...actually dah lama entry ni tapi harini baru aku post...hahaha


Sorang satu bag, senang tak payah gaduh..haha

Bermula la perjalanan kami seawal jam 9.00 malam (30/11/2015) ke Putrajaya Sentral. Aku survey lagi jimat parking kat sini berbanding tempat lain. Kami memang sengaja pergi awal sebab takut tak terjaga pagi tu. Sampai je KLIA 2 terus cari port nak tidur. Sedar-sedar dah pukul 4 pagi. Setelkan apa yang patut. Tepat jam 8.20 pagi flight AirASia X kami pun meluncur laju membelah awan biru. Kami cuma makan, borak-borak kejap dan selebihnya tido je.


Benda pertama aku beli bila jejak kaki kat Korea

Kami sampai di Incheon International Airport jam 4.30 petang waktu tempatan. Memandangkan kami tak bawak luggage, so terus turun ke terminal bawah untuk amik shuttle tren ke main terminal. Kalau ikot research aku before datang sini, perkara pertama yang kena buat bila sampai je Incheon airport ni kena beli kad T-Money (boleh beli dari 7-eleven kat airport) dan connect wifi siap-siap. Kad T-Money ni lebih kurang macam kad Touch 'n Go je. Tapi kami tak beli pun sebab dah bwak siap-siap dari Malaysia, dapat free jek lepas jawab survey kat Korea Tourism Organization (KTO). Kami cuma singgah 7E masa kat airport tu untuk reload 10,000 won bagi setiap kad.

Kami decide pegi Seoul naik subway je. Ha, ni tips penting, make sure korag dah download siap-siap subway map kat handphone. Boleh guna secara offline kat Korea. Memudahkan untuk korang pilih line mana korang nak naik. Kalau prefer bas pun ok jugak tp takut jammed pulak. (Korang boleh naik bus 6015 kalau stay kat Namsan Guest House). Kami turun ke Airport Railroad Level dan sempat solat kat laluan pejalan kaki kat situ sebab tak tahu surau kat mana. Kebetulan ada jugak 3-4 orang Malaysia yang solat kat situ. Kami pergi kaunter AREX Express Line and redeem kupon yang dapat dari KTO. Perjalanan memakan masa 45 minit tapi ada pilhan lain tau,  boleh je naik subway (ALL STOP TRAIN) yang berhenti kat 11 stesen lagi murah berbanding naik AREX ni, cuma makan masa sikit la. Takde la lama pun sebenarnya, 55 minit sampai la ke Seoul Station. Beza 10 minit je.

Dalam station subway diorang pun banyak kedai korang boleh habiskan duit

Sampai je Seoul Station, kami terus ke Line 4 untuk ke Myeongdong Station. Keluar je dari Subway, cari Exit 3 dan keluar dari situ. Amik kiri dan jalan terus ke depan sampai nampak Pacific Hotel. Masuk lorong kanan tepi Pacific Hotel tu dan jalan terus sampai la jumpa Namsan Guest House (NGH) ni. Jalan dia memang sangat mencabar sebab berbukit-bukit. Kat sini ada NGH 1 - 5, semuanya dekat-dekat je. Kami book NGH 1 tapi receptionist bagi bilik kat NGH 5. Aku memang dah email NGH ni awal-awal, tanya nak check in kat mana sebab aku baca review ada yang cakap booking NGH lain tapi check in kat NGH yang lain. Daripada aku penat mendaki, baik aku tanya siap2 kan sebab lokasi NGH ni kena mendaki skit. Semput jugak la aku tapi kan NGH ni memang reccommended la untuk kaki shopping sebab sangat dekat dengan Myeongdong Street, kira macam uptown la.  Dan boleh jalan kaki je nak ke Nandaemun Market (syurga shopping bagi aku).


Rate Bilik kat Namsan Guest House kami

Ni ringkasan nya kalau korang nak menginap ke Namsan Guest House nanti :

Airport Railroad (AREX/Subway) ---> Seoul Station ---> Line 4 (Myeongdong Station) ---> Exit 3 ---> Namsan Guest House

* AREX - 8,000 won
*Subway - 3,750 won

KIri kanan depan belakang semua penuh dengan kedai kosmetik je

Pukul 8.30 malam kami keluar nak mengisi perut. Memandangkan awal lagi, kami pun berjalan kaki ke Nandaemun Market tapi kedai dah banyak tutup. Kami patah balik dan terus ke Myeongdong Street. Berderat-deret kedai kosmetik kat kiri kanan jalan, nak Face Shop,  Nature Republic, Skin Food, Etude House, macam-macam lagi la. Jurujual diorang ni akan promote barang kaw2 punya kat depan kedai. Siap bagi sample free. Untung badan, boleh la dapat mask ke lotion ke. Kat sini juga ada jual macam-macam makanan, pakaian and aksesori. Myeongdong Street ni lebih kurang macam Bukit Bintang KL je je. Memang happening sampai tengah malam.

Alang-alang jalan ni aku ingt nak cari winter boot sebab kasut yang aku pakai masa tu tiba-tiba rasa ketat semacam (alasan je nak beli kasut baru sebenarnya, hahaha). Tapi takde satu pun yang berkenan. En. Husband ajak pergi tengok kat Myeongdong Underground Shopping Centre (dekat Myeongdong Station). Masa tu dah nak dekat pukul 11 malam. Kami berhenti kat satu kedai ni, banyak boot cantik-cantik dan yang best nya semua sama harga sama je, 19 000 won sepasang. Yang aku berkenan semuanya takde size. Takkan kaki aku beso sangat kot. En Husband sedap kan hati, dia cakap ramai sangat orang yang saiz kasut diorang sama macam aku. Kebetulan jurujual tu cakap kedai dah nak tutup, suruh datang balik esok. Memang tak la kan. Banyak lagi tempat nak pergi esok lusa ni. Zaap, aku terus sambar boot purple ni. Terus pakai balik guesthouse. Yeaaaay.

Tengah berusaha nak panjat bukit balik hotel tu baru ingat perut tak di isi lagi, then kami singgah 7E beli kimchi and nasi yang dah siap masak. Cuma panaskan dalam microwave. Makan dengan serunding yang ibu aku bekalkan. Nyumss. Lepas makan tu plan nak kaji map jap untuk perjalanan esok. Tapi aku tertido sampai la pagi. Penat mendaki kot. Pheww.

No comments:

Post a Comment