Monday, 5 September 2016

SEOUL DAY 3 (NAMI ISLAND & ELYSIAN GANGCHON SKI RESORT)

Assalamualaikum


Pagi ketiga ni aku rasa yang paling best sekali sepanjang berkelana kat Seoul. Hari sebelumnya dah la hujan lebat, bangun je pagi aku rasa sejuk lain macam. En husband suruh pergi tengok dekat tingkap. Dia cakap benda yang aku nak sangat tu ada kat luar. Sekali aku pergi tengok, terjerit-jerit macam apa je...jakun kata kan...hahaha. Subhanallah..salji tengah turun membasahi bumi Korea. Kami pun apa lagi,sepantas kilat bersiap and terus turun semata-mata nak rasa macam mana la dihujani salji tu kan. Ingat balik kejadian tu, sabar je la..haha

Plan nak ke Nami Island pagi ni. 

Saturday, 27 August 2016

SEOUL DAY 2 (DOTTA MALL, PYONGHWA CLOTHING MARKET, CHEOGYECHEON STREAM, DOANGDAEMUN)

Assalamualaikum

Malam kedua kat Seoul ni kami plan nak makan ikan bakar Dongdaemun. Ni memang dah masuk list sebab bila baca blog kaki travel, ramai yang cakap rugi datang Korea kalau tak try ikan bakar ni. So dari Insadong, kami naik subway terus shoot ke Dongdaemun. Best jugak kat sini sebab banyak kedai jual secara borong. Kalau nk meniaga, meh datang sini...hehehe..



Keluar je dari St.Dongdaemun kami nampak Pintu kubu Heunginjimun yang dibina di timur bandar Seoul semasa pemerintahan  King Taejo pada tahun 1398. Ianya digunakan sebagai tempat tinggal pegawai yang bertanggunjawab untuk menjaga kubu dan juga digunakan pada waktu kecemasan.



St. Dongdaemun ni no.128 tau, then keluar ikot Exit 1. Masa ni kami ikut je kaki melangkah ke mana. Malas dah nak pikir betol ke tak. Masa keluar dari St. Dongdaemun ni, akan nampak banyak kedai-kedai kecik jual pakaian, ala-ala kat Jalan Tar jugak..hehehe. Tips yang kami dapat masa nak cari kedai ikan bakar tu kan kena pastikan Pyonghwa Clothing Market kat sebelah kiri kita, Cheongyecheon Stream kat tengah-tengah and JW Marriot Hotel kat sebelah kanan. Tapi before makan, kami sempat la jalan-jalan kat semua tempat sekitar Dongdaemun ni.


Pyonghwa Clothing Market ni tempat borong. Ramai yang amik barang kat sini and jual balik dengan harga runcit

Banyak apparels je kat sini

Ni la Cheogyecheon Stream yang femes tu, dulu sungai ni memang kotor sebab ada yang buang sampah kat sini. Namun pada tahun 2003, Datuk Bandar Seoul ketika itu telah melakukan perubahan terhadap sungai ini. Ramai je orang bergambar kat sini. Kalau waktu malam lagi cantik sebab ada lampu warna warni tau..



Sementara tunggu hari gelap, sempat la singgah ke Dotta Mall. Dalam ni sama je macam mana-mana mall yang korang pergi kat Malaysia ni. Ada kedai kosmetik, foodcourt and ada kedai souvenir yang awek Korea boleh cakap Melayu..cuma tak amik gambar la pulak..hehehe



Tapi dah mai musim winter, apparels ni je la yang ada dijual Dotta Mall.

Akhirnya dah gelap, perut pun dah mula lapar. Ikut tips yang macam aku cakap kat atas tadi untuk cari kedai ikan bakar. Sampai la jumpa kawasan macam kat bawah ni. Kat sini memang dah bau ikan pun. Agak sesat, korang tanya je kat orang-orang kat situ.




Make sure masuk ke simpang kedai warna kuning ni..berderet kedai ikan bakar kat dalam tu. Lalu depan lori putih tu, then terus masuk kiri.



Tadaaaa...ni la lauk kami.. Ikan bakar, sambal sotong tu je yang kami bayar. 14000 won ye. Kimchi, sayur, sup, air dan nasi adalah percuma..memang sedap sangat2. Siap tapau sotong bawak balik hotel...kihkihkih. 


Nampak tak deretan kedai ikan bakar belakang tu? Kami pilih kedai yang 1st sekali. Service memang tiptop ahjumma ni. Esoknya kami datang makan kat sini lagi..hehehe


Dari St Dongdaemun terus shoot ke St Myeongdong untuk balik ke hotel tapi macam biasa lah, wajib singgah kat Myengdong Street untuk cuci mata. Kat sini memang happening la dengan #teambelia / #teamanakmuda

Sunday, 21 August 2016

SEOUL DAY 2 (BUKCHON HANOK VILLAGE & INSADONG)

Assalamualaikum readers!!!!

Dari pintu utama Gyeongbokgung Palace i.e  tempat yang kami snap gambar dengan abang2 guard tu, kami keluar ke sebelah kiri untuk terus ke Bukchon Hanok Village. Jalan terus je ke depan and amik kiri bila dh sampai hujung jalan. Teruskan lagi perjalanan dengan berpandukan signage. Masa tu hujan, so agak malas nak snap gambar untuk rujukan kalau pergi lagi sekali...hehehe. Actually kami rasa macam dekat tapi sebab kami terlepas pandang signage menghala ke Bukchon tu, maka agak jauh la jugak kami menapak. Nasib cuaca masa tu redup je. Next time pergi kena make sure tengok signage betol2, confirm tak sesat. Signage berlambak-lambak, sama ada kita tengok ke tak je. Tu yang jadi kat kami..hahaha


Then kami jumpa Bukchon Tourist Information Centre dekat area Bukchon. Advisable untuk singgah and amik map sebab kat dalam tu ada list beberapa view point yang wajib untuk snap photos. Kat sini memang kami spend masa yang lama. Bukchon Hanok Village ni sebenarnya kan kawasan perumahan tapi masih mengekalkan seni bina tradisional Korea.

Nah layan gambar, senang keje aku kan..tapi...tapi baru aku sedar gambar semua tak ada kat aku..bebila aku update okay..haha

Bersepah port wifi kat Korea ni

Ni je gambar Bukchon Hanok Village yang aku boleh upload setakat ni...sobsss


Time kat Bukchon ni memang banyak episod sesat. Kami plan nak ke Insadong. Kalau ikot tips yang kami dapat, lepas je jumpa view point No. 4, terus je jalan keluar. Ada signage ke Insadong. Tapi, kami tak pergi pun kat view point No. 4 tu. Kesudahannya kami belasah je jalan, yang penting ikot signage. Sampai jugak lepas sesat barat tu. Tak jauh mana pun. Kami tak beli apa pun kat sini. Sekadar survey harga sebab orang cakap souvenier kat sini mahal. Tapi memang betol pun.Hahahaha. Insadong ni bagi aku banyak jual barang-barang antik je.

Aku pergi Insadong semata-mata nak amik gambar kat sini je..hee

Ni la Ssamziegil Mall tu


Aku yang beria-ia ajak En.Husband pergi Insadong semata-mata nak bergambar kat Ssamziegil Mall. Macam-macam ada jual kat mall ni, tapi 2 tingkat je. Cuma makin kami naik atas, makin meninggi macam gunung je Mall ni aku tengok. Kami naik sampai ke atas rooftop then jumpa tempat best untuk snap gambar. Bersepah love note Korean kat situ. Aku rasa Korean ni memang suka expresskan diorang punya perasaan cinta la. Tak kira lagi padlock yang ada kat Namsan Tower tu kan.Hehehe.


















SEOUL DAY 2 (GYEONGBOKYUNG PLACE)

Assalamualaikum w.b.t

Hari kedua ni kami bangun awal sebab tak sabar nak jenjalan. Dalam pukul 7.30 pagi kami keluar dari hotel dan jalan kaki ke Nandaemun Market. Keluar je dari hotel tu terus jalan menghala ke Myeongdong St. tapi tak payah turun ke St. tu. Belok kiri dan jalan terus je sampai nampak simpang empat yang besar. Korang kena melintas jalan pergi ke sebelah kanan then melintas lagi ke sebelah kiri. Lepas tu jalan terus je. Nanti akan nampak deretan kedai-kedai kat tepi jalan. View dia lebih kurang kat Jalan Tar je. Aku amik gambar ni semalam, masa Market ni tutup. Harap korang paham la ye.




Lalu kat deretan kedai sampai la hujung jalan, bila sampai sini kena cross ke seberang jalan


Lepas dah seberang tu, belok kiri lepas tu kena pergi seberang jalan lagi sekali. Then jalan terus, jumpa la Nandaemun Market tu

Pagi tu tak sempat nak snap gambar jalan yang proper untuk mudahkan korang paham sebab hujan makin lebat. Nasib hotel kami sediakan payung. Orang lain bukan main jalan cepat-cepat sebab nak elak baju basah walaupun diorang bawak payung. Kami bukan main lagi dok feeling2 kat situ siap bergambar bagai. Sampai kena hon la sebab tak sedar diri dok tengah jalan. Hahaha. Kami tak shopping apa pun kat sini. Sekadar tengok-tengok dulu and aim nak beli apa nanti. 

At last kami sampai ke hujung Market ni and kebetulan dah dekat sangat dengan Hoehyeon St. Kami decide pergi Gyeongbokgung Palace dari sini je la. Tak payah la susah-susah dah nak menapak ke Myeongdong St tu. Next time kalau korang nak datang Nandaemun Market ni dari tempat lain, make sure turun kat Hoehyeon St. Confirm sampai balik Malaysia la korang tak akan jumpa Nandaemun St. Hee. Nak ke Gyeongbokgung Palace ni kena tukar ke line 3 tau.

Hoehyeon St ---> Chungmuro St ----> Gyeongbokgung St. (Line 3, Exit 5)

Keluar dari Exit 5, terus kami nampak pintu masuk Gyeongbokgung Palace ni. Tapi kena seberang jalan. Palace ni berhadapan dengan National Palace Museum of Korea. Masa sampai sini cuaca still hujan. Redah je la.



Ni la pintu masuk Gyeongbokgung Palace



Ni jadual dan rate untuk masuk ke dalam Palace

Lepas beli tiket, masuk pulak ke pintu yang kedua ni. Kat sini ada pekerja yang akan cek tiket.


Dari pintu kedua tu, kami start explore Palace ni. Tak habis pusing pun sebab besar sangat. 

Masa ni still hujan lagi..sobsss




Ni schedule aktiviti kat Palace ni. Kami memang bajet masa betol2 sebab tak nak terlepas  tengok Guard Changing Ceremony tu


Ni diorang dah get ready..heee

Mamat yang pakai baju hujan and yang pegang baju hijau tu kan tugas diorang is to make sure abg2 guard ni berada dalam keadaan kemas dan segak. Asal bendera berlipat sikit dek kena tiup angin cepat2 diorang datang betulkan. Asal nampak abg2 ni diri amcam tak betol je, cepat2 diorang datang betulkan. Efisien sangat.

Aku je la senyum...dia buat tak tahu je..heek

Tadaaaaa!!!

Hujan pun hujan la, janji dapat bergambar dengan semua abg2 sado ni


Habis bergambar, kami teruskan perjalanan ke Bukchon Hanok Village. Jalan kaki je la. Semua tempat dekat-dekat, rasa rugi naik teksi. Jomss

SEOUL DAY 1 (NAMSAN GUEST HOUSE & MYEONGDONG STREET)

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan kepada mereka yang bertanya, meh aku ceritakan serba sikit perjalanan kami secara backpackers ke Seoul pada 1 - 5 Dis 2015 yang lalu. Actually ex-ofismate ajak pergi ramai-ramai Mac 2016 tapi kami terbeli tiket tarikh lain sebab masa tu tak confident tarikh yang diorang ajak pergi tu cuti sekolah ke tak. Sori Kak Ros & the geng...hehehe. Misi ke Seoul kali ni adalah nak main snow. Yehaaaa..err...actually dah lama entry ni tapi harini baru aku post...hahaha


Sorang satu bag, senang tak payah gaduh..haha

Bermula la perjalanan kami seawal jam 9.00 malam (30/11/2015) ke Putrajaya Sentral. Aku survey lagi jimat parking kat sini berbanding tempat lain. Kami memang sengaja pergi awal sebab takut tak terjaga pagi tu. Sampai je KLIA 2 terus cari port nak tidur. Sedar-sedar dah pukul 4 pagi. Setelkan apa yang patut. Tepat jam 8.20 pagi flight AirASia X kami pun meluncur laju membelah awan biru. Kami cuma makan, borak-borak kejap dan selebihnya tido je.


Benda pertama aku beli bila jejak kaki kat Korea

Kami sampai di Incheon International Airport jam 4.30 petang waktu tempatan. Memandangkan kami tak bawak luggage, so terus turun ke terminal bawah untuk amik shuttle tren ke main terminal. Kalau ikot research aku before datang sini, perkara pertama yang kena buat bila sampai je Incheon airport ni kena beli kad T-Money (boleh beli dari 7-eleven kat airport) dan connect wifi siap-siap. Kad T-Money ni lebih kurang macam kad Touch 'n Go je. Tapi kami tak beli pun sebab dah bwak siap-siap dari Malaysia, dapat free jek lepas jawab survey kat Korea Tourism Organization (KTO). Kami cuma singgah 7E masa kat airport tu untuk reload 10,000 won bagi setiap kad.

Kami decide pegi Seoul naik subway je. Ha, ni tips penting, make sure korag dah download siap-siap subway map kat handphone. Boleh guna secara offline kat Korea. Memudahkan untuk korang pilih line mana korang nak naik. Kalau prefer bas pun ok jugak tp takut jammed pulak. (Korang boleh naik bus 6015 kalau stay kat Namsan Guest House). Kami turun ke Airport Railroad Level dan sempat solat kat laluan pejalan kaki kat situ sebab tak tahu surau kat mana. Kebetulan ada jugak 3-4 orang Malaysia yang solat kat situ. Kami pergi kaunter AREX Express Line and redeem kupon yang dapat dari KTO. Perjalanan memakan masa 45 minit tapi ada pilhan lain tau,  boleh je naik subway (ALL STOP TRAIN) yang berhenti kat 11 stesen lagi murah berbanding naik AREX ni, cuma makan masa sikit la. Takde la lama pun sebenarnya, 55 minit sampai la ke Seoul Station. Beza 10 minit je.

Dalam station subway diorang pun banyak kedai korang boleh habiskan duit

Sampai je Seoul Station, kami terus ke Line 4 untuk ke Myeongdong Station. Keluar je dari Subway, cari Exit 3 dan keluar dari situ. Amik kiri dan jalan terus ke depan sampai nampak Pacific Hotel. Masuk lorong kanan tepi Pacific Hotel tu dan jalan terus sampai la jumpa Namsan Guest House (NGH) ni. Jalan dia memang sangat mencabar sebab berbukit-bukit. Kat sini ada NGH 1 - 5, semuanya dekat-dekat je. Kami book NGH 1 tapi receptionist bagi bilik kat NGH 5. Aku memang dah email NGH ni awal-awal, tanya nak check in kat mana sebab aku baca review ada yang cakap booking NGH lain tapi check in kat NGH yang lain. Daripada aku penat mendaki, baik aku tanya siap2 kan sebab lokasi NGH ni kena mendaki skit. Semput jugak la aku tapi kan NGH ni memang reccommended la untuk kaki shopping sebab sangat dekat dengan Myeongdong Street, kira macam uptown la.  Dan boleh jalan kaki je nak ke Nandaemun Market (syurga shopping bagi aku).


Rate Bilik kat Namsan Guest House kami

Ni ringkasan nya kalau korang nak menginap ke Namsan Guest House nanti :

Airport Railroad (AREX/Subway) ---> Seoul Station ---> Line 4 (Myeongdong Station) ---> Exit 3 ---> Namsan Guest House

* AREX - 8,000 won
*Subway - 3,750 won

KIri kanan depan belakang semua penuh dengan kedai kosmetik je

Pukul 8.30 malam kami keluar nak mengisi perut. Memandangkan awal lagi, kami pun berjalan kaki ke Nandaemun Market tapi kedai dah banyak tutup. Kami patah balik dan terus ke Myeongdong Street. Berderat-deret kedai kosmetik kat kiri kanan jalan, nak Face Shop,  Nature Republic, Skin Food, Etude House, macam-macam lagi la. Jurujual diorang ni akan promote barang kaw2 punya kat depan kedai. Siap bagi sample free. Untung badan, boleh la dapat mask ke lotion ke. Kat sini juga ada jual macam-macam makanan, pakaian and aksesori. Myeongdong Street ni lebih kurang macam Bukit Bintang KL je je. Memang happening sampai tengah malam.

Alang-alang jalan ni aku ingt nak cari winter boot sebab kasut yang aku pakai masa tu tiba-tiba rasa ketat semacam (alasan je nak beli kasut baru sebenarnya, hahaha). Tapi takde satu pun yang berkenan. En. Husband ajak pergi tengok kat Myeongdong Underground Shopping Centre (dekat Myeongdong Station). Masa tu dah nak dekat pukul 11 malam. Kami berhenti kat satu kedai ni, banyak boot cantik-cantik dan yang best nya semua sama harga sama je, 19 000 won sepasang. Yang aku berkenan semuanya takde size. Takkan kaki aku beso sangat kot. En Husband sedap kan hati, dia cakap ramai sangat orang yang saiz kasut diorang sama macam aku. Kebetulan jurujual tu cakap kedai dah nak tutup, suruh datang balik esok. Memang tak la kan. Banyak lagi tempat nak pergi esok lusa ni. Zaap, aku terus sambar boot purple ni. Terus pakai balik guesthouse. Yeaaaay.

Tengah berusaha nak panjat bukit balik hotel tu baru ingat perut tak di isi lagi, then kami singgah 7E beli kimchi and nasi yang dah siap masak. Cuma panaskan dalam microwave. Makan dengan serunding yang ibu aku bekalkan. Nyumss. Lepas makan tu plan nak kaji map jap untuk perjalanan esok. Tapi aku tertido sampai la pagi. Penat mendaki kot. Pheww.

Friday, 25 March 2016

SJ4000 WIFI

Assalamualaikum

Ha, aku beli gadget baru minggu lepas. Masa tu aku tengah survey2 nak plan for our next trip. Dah nak siap pun itinerary tapi tetiba En.Husband cakap cuti tak lepas. Uwaaa..stress otak kejap. Demi merawat hati yang lara ni kan, aku blogwalking je la sana sini. Entah macam mana aku terjumpa pasal SJCAM ni. Lupa dah blog siapa, banyak sangat blog aku usha time tu.

SJCAM ni buatan China, function lebih kurang macam GoPro tapi idok le segagah macam GoPro....kikiki. SJCAM ni banyak model tau tapi aku beli yang biasa je,  SJ4000 Wifi. Modal cukup untuk beli model yang ni je..heee..Tak silap sekarang ada 16 model, yang paling latest SJ5000 + kot. (Aku pun tak berapa sure..hehehe). Kalau korang banyak modal, boleh la beli GoPro terus. Tepuk wallet, tengok isi dalam tu...ngehngehngeh.

Aku beli dari ig shop sjcammalaysia_. Diorang memang trusted seller. Pergi serbu ig diorang cepat. Beli dengan harga mampu milik RM360 termasuk monopod dan memory kad 16GB. Kalau beli camera only, cuma RM320. Tapi nasib la kalau time korang nak beli, harga dah berubah. Lagi murah. memang rezeki korang la. Tapi kalau lagi mahal?heeee..



Tadaaaaaaa.....


Gambar ihsan pakcik Google. Sebijik macam ni aku beli. Warna kuning. Banyak aksesori dia tau 

SJ4000 Wifi ni "action camera" yang boleh amik gambar sambil menyelam, berbasikal, panjat gunung, nak letak kat drone and macam-macam lagi la. Kira semua boleh la. Belajar dulu guna SJCAM, agak2 tetiba ada duit jatuh dari langit ke, boleh pegi sambar GoPro...kikiki.

Nanti dah amik gambar guna SJ4000 Wifi ni, aku update ek. Tata.

Friday, 11 March 2016

KEK BATIK MUDAH DAN CEPAT

Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas rajin nak try buat kek batik. Guna 4 bahan utama je sebab nak cepat dan mudah. Cuma guna 1 packet biskut Marie, 1 buku buttercup, 1 packet milo kecik dan setengah tin susu pekat.

Lupa amik gambar sebelum, dah masuk semua dalam kuali baru ingt nak snp.hee

Step nak buat kek batik ni sangat lah mudah bagi beginner macam aku ni..hehe.

Cairkan butter dalam kuali, kemudian masukkan milo dan susu...gaul sebati


Tuang campuran butter, milo dan susu tadi ke dalam loyang yang dah di isi dengan biskut Marie yang dah dipatahkan.
Padatkan kek batik tu dalam loyang. Ratakan guna sudu bagi cecantik. Then masukkan dalam peti sejuk. Biarkan seketika sampai kek batik tu jadi keras. Lepas tu boleh la makan sambil2 layan tv...hehehe...senang je kan? Pergi try cepat :)