Thursday, 5 November 2015

Studio Drum Asia Untuk Kaki Jamming

Assalamualaikum w.b.t

This is my first task after being appointed as a Manager for Kazanna. Kena cari any available studio untuk Kazanna practice and jamming. Before this dah banyak studio yang Kazanna try. Tapi  Drum Asia Studio yang aku book kan untuk diorang pekak kan telinga aku ni memang best sebab MURAH and peralatan semua superb. Nora bagi 10 bintang...ehhhhh

Lokasi studio ni kat Desa Sri Hartamas je. Dalam waze tu kalau tak jumpa, korang search je Thomas Philip (Advocates & Solicitor) sebab studio ni sebelah firm ni je tapi di tingkat atas. Dekat tingkat bawah studio ni ada Munawar and Associates and Sum Hou bak Kut Teh...hehehehe. Nah amik address siap-siap:

7-2 Jalan 22A/70A,
Wisma CKL, Desa Sri Hartamas

Rate kat sini memang murah sangat la bagi aku yang dah beberapa kali join Kazanna punya jamming ni. RM25/hour and lagi murah kalau korang amik pakej i.e RM100/5hrs. Tak payah la nak ketuk drum, petik gitar bagai dalam tu sampai 5 jam. Penat oiii. Tapi ikot korang la kan. Untuk Kazanna ni, aku amik pakej tu tapi main dulu untuk 3 jam yang pertama last week. And semalam sambung lagi 2 jam.

Kat studio ni jugak korang boleh sewa tempat untuk buat event tau. Maklumat lanjut tanya la sendri kat diorang ye. Tak tahu nak cerita apa sangat. Nah, layan la gambar studio tu. Kot korang tengah mencari studio nak jamming ke kan. Korang boleh contact diorang kat Facebook Drum Asia Studio kalau berminat nak datang sini.

p/s : kualiti gambar memang tidak memuaskan sebab aku masih dalam proses belajar capture  gambar...hahaha


Antara koleksi diorang. Ni diorang jual rasanya...tak belek sangat haritu. Iskk


Macam-macam ado


Ni la drummer Kazanna



Boleh guna yang studio punya kalau tak bawak sendiri punya




Siap-siap nak balik dah


Sibok mengemas lagi..heee


Ni dari dalam studio. nampak je serabut tapi tak pun. Al kisahnya aku memang tak reti capture gambar..hahaha

Sunday, 1 November 2015

RENEW PASSPORT DI UTC KERAMAT

Assalamualaikum w.b.t

Hari Sabtu lepas, awal pagi aku dah terpacak kat PKNS Shah Alam, konon nak renew passport. Tapi, ada yang datang lagi awal siap berpusing-pusing macam ular kena palu dah aku tengok barisan orang beratur. Malangnya, bila sampai je turn kami nak amik nombor giliran, diorang announce kuat-kuat, "Nombor dah habis, semua boleh balik, datang semula esok". Oucchhh...rasa macam kena timpa dengan buah durian. Penat oiii tunggu dari pagi. 

Esoknya kami cuba nasib lagi tapi kali ni kampi pergi UTC Keramat. Ramai yang suggest UTC sebab cepat, dan yang paling best diorang tutup pukul 10 malam. Kami pilih UTC Keramat sbb dekat dengan next destination kami..hehehe...Kami sampai dalam pukul 8.30 pagi, orang agak ramai tapi sempat la kami dapat nombor hari ni. Kat Imigresen je yang ramai, jabatan lain semua senyap sunyi. Ada la dua tiga kerat orang. Pheww...ramai betol nak buat urusan passport ni, mungkin sebab musim cuti sekolah nak dekat kot. Sebab kami pun tunggu cuti sekolah kalau nak berjalan. Heeeee

Ha, UTC Keramat ni lagi senang kalau korang naik LRT sebab ruang parking sikit. Naik je LRT then turun kat station Damai. Ada jambatan yang menghubungkan station ni dengan UTC Keramat tu. Lupa nak ambik gambar...hehehe.

Make sure datang pada waktu-waktu ni je. Lain pada ni, bo layan


Ni kadar bayaran baru. Sila sediakan duit yang secukupnya ye


Memandangkan kami hanya nak renew passport, so tak payah bawak apa-apa dokumen tambahan selain dari passport lama dan kad pengenalan. Sambil-sambil tunggu turn tu, aku sempat la snap beberapa panduan untuk rujukan masa depan. Meh tengok cepat. Malas nak taip panjang-panjang. Sori gambar ni terbalik. banyak kali rotate tetap tak jadi. Sobss



   
Antara dokumen yang kena bawak ikot kategori masing-masing





Ni pun sama



Ni tambahan dokumen



Turn lambat lagi, so kami jalan-jalan kat luar, Agak-agak takot turn dah sampai, cepat-cepat tengok skrin ni. Setiap Jabatan akan paparkan latest nombor giliran.


Time ni server down. Hahaha. Diorang surh pergi makan dulu, datang balik sejam. Nasib tak pergi sebab tak lama lepas tu sistem okay je. Iskkk

 Almost 12pm jugak la baru selesai. Okay, jom jenjalan :)