Sunday, 25 October 2015

KAZANNA

Assalamualaikum w.b.t




Hurm..all of a sudden, i've been appointed as one of the management team for Kazanna. The annoucement was officially made by Kazanna's band leader on Saturday,17 October 2015. Bunyi nak gempak je kan..hahaha. So, let me introduce to all of you about Kazanna.

Actually, Kazanna is a Malaysian symphonic metal band founded in mid 2010 by member of four. They are Feeza (Vocal), Amar (Guitar/Keys), Rezal (Drum), and Jack (Bass). All of them were the former band members of Pasca Tragedy, a symphonic/power metal band which had already been dormant. They gained their experience through various performances in gigs and battle of the bands in Klang Valley when they were with Pasca Tragedy. Unfortunately, they did not come out with any materials as they were facing a lot of internal problems ever since. With the experience they gained, and knowledge they acquired, Amar came out with an idea to form another band with similar genre but more stress on the orchestral arrangement. He gathered the former members of his previous band to form a new band including Feeza who was the initial singer in Pasca Tragedy. They chose Kazanna for the new band’s name which comes from a Malay word ‘Khazanah’ (Treasure). With the hope to begin with a new atmosphere, music style and appearance, they have came out with a demo entitled Funeral of Heart which consists of 2 songs, Funeral of Heart and Never Ending Story. They also introduced their first scores arrangement entitled The Tale of Epic marching Symphony, composed by Amar which also included in the demo. Their music is most influenced by Nightwish, Epica, Kamelot and more. Music by heart, music of soul, a sound of Kazanna, with that they swear to bring up Kazanna further than what they gain today.


But now Feeza and Jack are no longer with Kazanna but dont worry. Kazanna still fight for their music with the new line up. They are Amy (Vocalist), Amar (Guitarist), Rezal (Drummer), and Zamir (Bassist). You guys can visit their official facebook page at kazannaofficial and follow them at KazannaOfficial/Twitter.




Basically, Kazanna's influences are Nightwish, Epica, Delain, Amberian Dawn, Within Temptation, Kamelot. Okay, till then..daaaaa.. Kejar masa nak pergi kursus esok. Phewwww.

Monday, 19 October 2015

BAYAR PTPTN MELALUI KWSP


Assalamualaikum w.b.t

Lepas je urusan En.Husband dengan PTPTN dah selesai, giliran aku pulak la kan. So, hari Jumaat lepas aku pergi pejabat KWSP cawangan Kajang nak setel kan hutang PTPTN yang dah tertunggak agak lama. Aku buat pilihan bayar guna KWSP sebab hutang tak banyak mana pun and at the same time duit gaji aku simpan demi impian nak travel around the world. Kihkihkih. Sangat tak patut, hutang dilambatkan...ish.

Urusan kat KWSP Kajang memang superb, tak sampai 5 minit dah siap. Ha, mungkin sebab aku dah isi siap-siap Borang Penyelesaian Baki PTPTN Melalui KWSP (tak ingat nama borang, pergi je kaunter KWSP cakap nak borang bayar PTPTN). Borang ni free jek. Aku isi je apa yang aku tahu, yang mana tak sure tu aku biar kosong dengan harapan petugas kaunter akan isikan..hehehehe.

Ha, ada 4 lagi dokumen yang kena bawak masa nak hantar borang ni. Nah aku list kan siap-siap kot la korang nak bayar PTPTN dengan cara sama macam aku ni.

1. Salinan kad pengenalan

2. Salinan transkrip / sijil tamat pengajian

3. Salinan surat tawaran pinjaman PTPTN / Perjanjian Pinjaman PTPTN

(yang ni memang bercinta aku cari kat kampung 2 hari 1 malam tapi tak jumpa pun. Yang aku tahu kalau nak dapatkan salinan dari PTPTN kena caj RM90. Banyak tu. Haish. Nak dijadikan cerita, masa aku teman En.Husband pergi Kementerian Pengajian Tinggi untuk setel kan hal PTPTN dia, aku pun mintak je diorang keluarkan salinan surat tawaran aku. Pasrah je la nak bayar. Tapi petugas kaunter cakap tak payah bayar pun. Pheww.. Lucky me!)

4. Penyata baki terkini hutang PTPTN 
(boleh dapatkan dari mana-mana kaunter PTPTN. Cakap je korang nak penyata baki terkini sebab nak bayar habis guna KWSP)


Kad pengenalan dan tarnskrip tu kena bawak yang original tau. Nanti pegawai KWSP akan mintak untuk tengok dan buat semakan. Yang salinan tu tak payah susah-susah pergi cari Ketua Kampung, Tok Penghulu bagai ni untuk buat pengesahan sebab Pegawai KWSP pun boleh tolong sahkan.

Dah hantar semua dokumen kat kaunter, turunkan cap jari kiri dan kanan pada borang, semua semakan dah dibuat, SELESAI la urusan di KWSP. Dalam masa tiga minggu ni tunggu la KWSP hantar mesej bagitahu duit dari Akaun 2 dah ditolak untuk bayar PTPTN.

Sekian, cerita PTPTN tamat.


Wednesday, 7 October 2015

CARA MUDAH AKU BUAT COLLAGE

Assalamualaikum w.b.t

Dateline nak siapkan assignment dah dekat. Tengah kelam kabut, baru teringat tak masukkan gambar lagi dalam asssignment. Nak kena buat dalam bentuk collage pulak tu. Kalau guna handphone cepat je boleh edit bagai ni. Guna laptop ni leceh la bagi yang buta komputer macam aku ni. Tunggu la ada masa aku belajar guna software bagai ni..hehehe

So, aku pun cepat-cepat la tanya pakcik google, confirm dapat jawapan kan and tak sampai 10 saat pun.... Tadaaa..dapat link ke page Ipiccy ni. Dalam 5 minit dah siap collage yang aku nak, 4 collage dengan lebih kurang 40 gambar. Sangat la membantu Ipiccy ni.

Aku rasa ramai je dah tau pasal Ipiccy ni kan tapi aku nak juga letak kat sini untuk rujukan masa depan. Sebab aku kan pelupa. Hahaha. Nah aku bagi step by step.









 Mula-mula pegi dulu website dia. Klik je kat link Ipiccy ni. Ikot la nak sign up ke tak. Aku tak sign up pun. Nak cepat punya pasal.






  Memandangkan tips ni khas untuk buat collage je, so pergi la klik kat "create collage" tu.





 Lepas tu klik "Add images". Suka hati la korang nak tambah banyak mana pun. Lagi banyak gambar, lagi meriah la collage korang nanti.







Ni contoh aku dah upload 4 keping gambar.





 Lepas tu korang susun la ikot design suka hati. Dah siap susun semua, klik macam dalam gambar kat atas ni.





Tadaa....nanti akan keluar page ni lepas dah siap semua. Korang klik la mana-mana button kalau nak edit bagi lagi cantik. Nak tambah warna ke, nak sharp kan gambar ke. Semua boleh.




Okay..tu je nak share. Sekian....jom sambung touch up assignment..daaaa

Tuesday, 6 October 2015

OH MY PTPTN

Assalamualaikum

Baru-baru ni kecoh kejap pasal PTPTN bila dapat surat cinta kena buat potongan gaji untuk pembayaran balik PTPTN. Diorang ni macam tahu2 je aku baru je cek berapa jumlah tunggakan, konon-konon nak pergi bayar secara lump sum. Eh..eh..jangan ingat aku banyak duit pulak kan. Tapi sebab aku pinjam PTPTN untuk 1 sem je masa study dulu. So, amount sikit je la.

Berbalik pasal kekecohan tadi, ramai la pakat-pakat pergi ke pejabat PTPTN untuk urusan potongan gaji ni. The best part is syarat nak buat potongan gaji ialah kita kena apply ujrah dulu. But what is ujrah?Phewww...Dulu masa diorang kenalkan ujrah ni memang aku buat tak tau je. Now, terkial-kial la pergi cari info. Hasil kajian mendapati ujrah ni lagi better sebab dia dikira sebagai upah sebanyak 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.Pendek kata, korang kena bayar lagi sikit la berbanding amount sebelum ni.

TAPI, prosedur nak apply ujrah ni bukan senang. Mula-mula kawan aku call pejabat PTPTN, diorang cakap "Maaf ye Cik, permohonan Ujrah ni dah lama tutup tapi untuk kepastian Cik cuba la pergi mana-mana pejabat yang berhampiran". Adoi..Sangat tak puas hati dengan jawapan. Kebetulan PTPTN bukak booth dekat2 dengan ofis aku tapi aku tak sempat pergi. Kawan aku yang pergi dan sampaikan maklumat yang aku rasa tak boleh terima dek akal. Dia cakap ujrah is compulsory if u want to proceed with pemotongan gaji BUT u must pay 50% from your current outstanding sum before PTPTN can prosess your application. I was likeeeeee..ha?for real?. Tapi nasib kawan aku tu baik sebab nego punya nego dia cuma kena bayar RM500 je, lepas tu terus PTPTN proses permohonan dia.

On the same day, kawan aku pergi pulak ke kaunter PTPTN di Kementerian Pengajian Tinggi (Putrajaya) dengan harapan boleh la bayar seminimum yang mungkin. tapi jawapan agak mengecewakan sebab kaunter kat situ mintak buat bayaran 1k. Ish...tak paham la..kan kita nak bayar, lepas tu suruh buat ujrah..lepas tu buat syarat macam-macam. So, korang ni nak duit ke tak ni?Urm

En.Husband pun amik PTPTN ni dulu. Dia nak buat potongan gaji jugak, jadi dia pun dengan suci hati pergilah kaunter PTPTN dekat area rumah kami. Lain pulak cerita kat situ, petugas kaunter suruh buat payment sebanyak 20% dari tunggakan semasa.

Last tu kami decide pergi je la kat kaunter PTPTN di KPT tu. Nasib sangat la baik...hehehe. Kami cerita elok-elok la yang kami tak boleh nak bayar banyak just to fulfill kehendak PTPTN yang wajibkan penukaran ujrah untuk pembayaran balik secara potongan gaji. Kenapa nak susahkan peminjam sedangkan peminjam sendiri dengan suci hati nak bayar. Then diorang mintak nak tengok slip gaji. Tadaaaaa...ni la part yang nasib baik tu. Sebab dalam slip gaji beso sangat komitmen bulanan, tolak pi tolak mai, kami cuma diminta bayar RM756.00 untuk PTPTN tukar kepada ujrah. Walaupun rasa agak banyak jugak jumlah tu tapi nak buat macam mana. Tak ada cara lain dah.

Selesai je bayaran and isi form, pandai-pandai la korang cari jalan balik umah ye sebab agreement baru hanya akan dihantar melalui email pada hari yang sama. Agreement baru tu la yang ada pasal ujrah. So, petang tu PTPTN dah email agreement baru kat kami. Print je semua dokumen tu, buat 2 copy. Beli setem hasil 2 keping. Alaaa....tengok je kat senarai semak yang PTPTN hantar sekali dengan agreement tu. Dah siap sign semua, pergi hantar balik kepada PTPTN. Tapi ingat, kena hantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh agreement tu.

SELESAI..teruskan kehidupan dan sentiasa la update dengan PTPTN pasal pemotongan gaji tu sebab sekarang ni hanya selesai part ujrah je..Bagi yang tak buat potongan gaji tapi hanya apply ujrah je, ampa jangan lupa pi bayaq noh kat PTPTN. Silap haribulan nama kena blacklist nak pi oversea, blacklist CCRIS dan macam-macam lagi la kesulitan di masa hadapan.

Kesimpulannya, hutang wajib bayar.

KENAPA NAK JADI BLOGGER

Assalamualaikum w.b.t

Okeh, ni adalah entry pertama di abad ni. Tiada cerita menarik yang nak dikongsi. Sebab tak ada orang kenal pun kat sini and confirm tak ada orang nak baca lagi pun. Kira kami budak baru nak berkecimpung dalam dunia blog.

So, kenapa kami nak jadi blogger? Actually bukan kami tapi aku sorang je..sengaja babitkan En. Husband dalam hal ni..hahaha. Aku ni banyak sangat benda yang selalu lupa. Lepas tu rasa banyak sangat benda yang nak kena ingat. Banyak pulak memori yang dirakam tapi tak tau hilang kat mana. En. husband pun mula bising and cakap cmni " Better u buat blog je, benda tu tak ingat, benda ni tak sure...bla..bla..bla...and yang paling penting pasal memori tu. Kang orang tanya apa tips masa pegi Bangkok hari tu mesti u blur kan...?". Arghh...macam-macam lagi la.

Setelah dikaji-kaji, ada baiknya aku buat blog. Sebab aku pasang angan-angan nak travel around the world. (InsyaAllah, mohon dimurahkan rezeki. Amin). Kot la blog ni berguna jugak untuk rujukan masa depan time aku sekali lagi hilang memori ke. Paling-paling pun korang boleh refer jugak kan. Kikikiki. Lepas tu boleh la aku cerita macam-macam dalam ni, nama pun diaryzamireen kan.

Actually banyak je sebab kenapa nak jadi blogger. Ada orang buat blog sebab nak promote business, ada yang memang suka menulis, ada yang suka jadikan blog ni sebagai tempat luahan perasaan. masing-masing ada sebab sendiri. Jadi wahai rakyat jelata sekalian, jom la kita beramai-ramai ada blog sendiri walaupun bagi aku dah terlambat untuk aku start menulis di blog di usia sekarang ni. Phewww...