Assalamualaikum....
Ya Allah, dah bersawang blog ni, password pun berapa kali cuba baru boleh masuk. Sorry kepada yang menunggu sambungan trip ke Korea. Terhenti kejap. Tetiba nak cerita pasal China. Hahaha. Sabar je la kan. Al kisahnya, Disember 2016 kami pergi trip ke Beijing. Kali ni bawak family and kawan-kawan. Plan asal nak repeat Korea. Tu yang tak sambung cerita pasal Korea. Kot la Korea dah ada perubahan kan. Ntah macam mana boleh tukar pergi Beijing pulak.
Ha, nak pergi China tak boleh terjah je macam Korea haritu. Perkara paling penting lepas beli tiket ialah kena make sure dah dapat visa untuk masuk ke China. Fee untuk visa ni lain-lain tau, bergantung kepada kemasukan ke China. Kami haritu amik yang single entry, RM88.30. Download borang kat visaforchina ni, isi borang, pergi ke Chinese Visa Application Service Centre untuk mohon visa. Bawak sekali gambar passport yang berlatarbelakangkan warna putih 2 keping, bawak duit secukupnya dan salinan itinerary tiket flight. Nak lagi paham, boleh refer website Visa ni ye.
![]() |
| Lokasi Chinese Visa Application Service Centre KL |
Lepas ni janji tak akan abaikan blog ni dihujani sawang lagi. Nantikan cerita pasal trip kami ke Beijing. Kikikiki.....Tata
